Sabtu, 22 Januari 2011

kenangan terbaik..

hari ini dalam sejarah.. buat pertma kalinya aku melepak di KL sendiri.. pelbagai pengalaman menarik yang aku dapat.. buat pertama kalinya aku dapat melihat dengan mata kepala sendiri orang kelainan upaya (OKU - bisu) bergaduh di KL Sentral.. memang mencuit hati bila mereka menggunakan isyarat tangan.. perkara yang amat unik.. walaupun aku tak pernah belajar isyarat tangan tetapi aku boleh mengagak apa yang cuba mereka sampaikan.. yang lebih menarik salah seorang dari mereka ditemani oleh 2 orang sahabat yang sempurna.. sangat setia sahabat 2 berada disisi dia sepanjang pergaduhan itu.. alangkah bertuah dia sebab memiliki sahabat yang tidak memandang kekurangan yang ada pada diri dia.. bila dia perasan yang aku ada memerhatikan dia tanya 1 soalan yang biasa orang tanya bila jumpa dengan aku.. "sorang?".. jawapan yang biasa la aku bagi.. "sorang.. sambil memberi senyuman.. sangat seronok rasanya.. yang itu cerit masa di KL Sentral.. masa sampai di berjaya times square lagi best.. mencari plaza low yatt yang sememangnya sudah lama aku ingin pergi akhirnya tercapai.. keseronokan yang aku rasa seperti kanak-kanak yang mendapat apa yang dikehendaki.. rasa macam tak mahu keluar saja dari plaza itu.. memang rambang mata lah bila dapat tengok pelbagai gedget2 komputer yang ada di sana.. banyak juga la kedai yang sempat aku singgah sebelum plaza itu tutup.. selepas ini misi ke2 adalah untuk mencari motherboard untuk my pc sayang.. hopefully dapat cari motherboard yang baru & agak murah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan