Khamis, 3 Mac 2011

merancang sesuatu..

selepas berakhirnya pertemuan selua kita semua pada 16/09/2010 pelbagai pertanyaan yang timbul mengenai perjumpaan kali ke-2.. memang tidak dinafikan ramai yang tidak dapat hadir bagi menjayakan reunion kali pertama bagi bekas pelajar tahun 6 (2002) SK Alai.. pelbagai alasan yang diberikan walaupun tarikh yang dipilih adalah pada hari cuti umum (Hari Malaysia).. tidak mengapa.. perbincangan melalui panggilan telefon baru-baru ini seperti memberi 1 idea bagi melaksanakan Program Reunion Kali ke-2.. pelantikan beberapa AJK Penggurusan Tertinggi secara tidak rasmi, seperti menunjukkan ia akan berlaku sekali lagi & ia mungkin akan menjadi sesuatu yang jauh lebih baik dari sebelum ini kerana AJK2 yang dilantik bertanggungjawab dalam menjayakan reunion yang pertama.. ii kerana mereka tahu dimana ruang-ruang yang boleh diperbaiki bagi menutup apa yang kurang sebelum ini.. diharap segala yang dirancang akan berjaya dilaksanakan kerana segala yang sedang dilaksanakan adalah kerana 1 kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Alai Melaka.. :)..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan