Isnin, 7 Mac 2011

Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka

satu nama yang tidak asing di negeri hang tuah.. cuma sekarang sudah dinaik taraf menjadi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Melaka (KUIM). pengalaman hidup sebagai pelajar IPT selama 6 bulan @ 1 semester amat bermakna.. menuntut dalam bidang pemasaran amat menarik bagi aku.. aku memang minat dalam bidang matematik.. selepas minggu haluan siswa, baru aku mengnali apa itu kehidupan di kampus (kampus life).. kesibukan dengan pelbagai kelas, tugasan-tugasan yang mulai menimbun sejak awal sem membuatkan aku hilang dan hanyut dalam dunia yang baru.. semakin hari semakin hanyut.. hilang.. hinggalah peperiksaan pertengahan semester.. bsru aku sedar.. tetapi segalanya sudah terlambat.. terlalu banyak yang perlu aku kejar sebab terlalu banyak jugalah yang telah aku tinggalkan.. terlalu asyik dengan keseronokan dunia baru hingga aku hilang semua yang ada.. peluang pendidikan, rakan-rakan malah masa depah aku juga gelap disebabkan kelekaan aku sendiri.. hingga akhirnya aku membuat satu keputusan yang amat merugikan.. namun segalanya kini telah berubah.. aku sedang menuntut di Kolej PTPL cawangan Sunai Petani Kedah.. aku membawa diri jauh dari negeri tercinta kerana aku malu dengan diri sendiri.. kegagalan aku menggunakan peluang yang telah diberikan oleh kerajaan negeri, kegagalan aku ketika di KUIM.. semoga segalanya akan menjadi lebih baik selepas ini.. :)..

gambar-gambar kenangan sepanjang di KUIM.. :)











Tiada ulasan:

Catat Ulasan