
dari 25/4/2011 sampai 2/3/2011 aku duduk di shah alam bersama salah seorang sahabat yang mula-mula aku kenali di SMK Padang Temu Melaka.. salam pekenalan yang di hulurkan dahulu masih tersemat di kepala.. " Assalamualaikum.. aku Hairee.." dalam hati aku berkata.. dia ini memang baik orangnya.. pertemuan dengan dia mengubat rasa kekosongan dalam diri kerana dia melayan aku sebaik yang mungkin.. tidak seperti kawan-kawan aku yang bersekolah sama sebelum ini.. 1 perbezaan yang amat ketara.. seorang yang aku boleh ketegorikan sebagai sahabat dunia & akhirat.. tidak pernah lekang dengan senyman dibibir.. sering mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.. terus-terang aku memang hormat dia lebih dari sebagai kawan.. sesiapa pun yang berjumpa dengan dia akan rasa seperti yang aku rasakan.. kelembutan wajah, sifat ramah, suka bergurau-senda antara penyebab dia amat mudah didekati.. perkara yang amat aku suka.. tempoh 5 hari aku duduk serumah dengan dia amat-amat bermakna.. pelbagai kenangan ketika masih bersekolah, semasa menunggu keputusan SPM kami ungkit bagi mengenang 1 situasi yang amat indah.. berjalan keliling negeri Melaka.. sesuatu yang aku tidak pernah lakukan dengan orang lain tetapi aku buat ketika bersama dengan dia.. buat muhammad nur hairee bin irwan lee.. kau adalah seorang sahabat yang sentiasa ada ketika aku sedang bersedih juga ketika aku sedang gembira.. kau adalah orang yang bertanggungjawab memberi aku semangat untuk menyambung kembali pengajian aku di sini.. terima kasih hairee.. jasa kau tidak akan aku lupakan.. :)..
susahnyer skrg nak dapat kawan mcm dia kan..
BalasPadam